Thursday, 11 December 2014

Harfiyah VS Ma'nawiyah

Pernahkah terfikir adakah perbezaan pada perkataan جلس dan قعد walaupun dalam bahasa Melayu membawa makna duduk? Ada bezanya. جلس adalah perbuatan duduk yang asalnya daripada keadaan berbaring, manakala قعد adalah perbuatan duduk yang asalnya daripada keadaan berdiri.

Keunikan bahasa Arab terserlah melaui keistimewaan setiap perkataannya, walaupun nampak serupa tapi berlainan ertinya. Seperti contoh perkataan maaf dalam bahasa Arab boleh digunakan dengan غفر atau عفو, perkataan توبة dan إنابة diterjemahkan dalam bahasa Melayu: taubat, hakikatnya kesemuanya berbeza.

Dalam perbahasan ulama, perkataan غفر ialah pengampunan daripada Allah terhadap dosa hamba-hambaNya namun tidak terhapus daripada buku amalan, adapun perkataan عفو pula membawa erti pengampunan Allah terhadap dosa hamba-hambaNya sekaligus penghapusan dari direkodkan dalam buku amalan.

Contoh lain perkataan خفي dan خشي membawa makna seerti dalam bahasa Melayu iaitu takut, namun Allah gunakan dalam Al-Quran kedua-dua perkataan dalam menta'birkan makna yang berbeza. Analoginya begini, seorang penunggang motosikal sebelum memulakan penunggangannya membuat persediaan secukupnya kerana khuatir pada bahaya yang akan dihadapinya dalam penunggangannya. Maka takut ini ialah takut خفي. Adapun خشي pula adalah takut yang lebih besar, ketakutan pada masa yang lebih jauh iaitu ketakutan yang akan dihadapi selepas alam dunia ini, apakah akan diazab dalam kubur atau tidak, dan bagaimana pula di alam mahsyar kelak dan seterusnya, dan inilah perkataan yang Allah gunakan dalam menciri-cirikan sifat ulama warisan anbiya. 


Allah gunakan setiap perkataan dalam Al-Quran tepat pada tempatnya, dan inilah salah satu
daripada i'jaz Al-Quran.


Justeru, berkaitan dengan tajuk di atas, harfiyah VS ma'nawiyah (baca: Terjemah secara harfiyah VS Terjemah secara ma'nawiyah), akan dirungkaikan lebih lanjut lagi.


Perlu difahami, terjemah harfiyah tidak mennjadikan hasil dapatan terjemahan itu sama nilainya dengan Al-Quran. Lihat kembali makna Al-Quran iaitu kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan merupakan satu mukjizat agung baginda serta menjadi suatu ibadah apabila membacanya. Fikirkan, apakan terjemahan Al-Quran kepada bahasa-bahasa lain masih akan mengekalkan makna-makna yang disebut sebentar tadi? Sama sekali tidak kerana kelebihan bahasa Al-Quran ke atas bahasa-bahasa lain. I'jaz Al-Quran hilang serta-merta dalam terjemahannya, membaca terjemahan tidak menjadikan ianya ibadah dan paling utama terjemahan Al-Quran itu tidak akan pernah sekali-kali menjadi kalam Allah. Maka, penekanan di sini, Al-Quran tidak sama dengan terjemahnya.

Bergerak pula kepada terjemah ma'nawiyah (seerti dengan terjemah tafsiriyah). Merujuk kembali makna terjemah ma'nawiyah, menjelaskan makna pemicaraan dengan bahasa lain tanpa terikat dengan tertib kata-kata bahasa asal atau memperhatikan susunan perkataannya. Namun begitu, perkara ini bukan mudah, Setiap bahasa mempunyai kaedah tatabahasa tersendiri, sedemikianlah juga bahasa Arab. Pada bahasa agung ini adanya nakirah dan ma'rifah, taqdim dan ta'khir, mazkur dan mahzuf serta bahasa ini mempunyai nilai balaghah yang tinggi yang tidak mampu digambarkan dengan bahasa yang lain.




Merujuk pembahagian makna (ma'ani: kata ganda), terdapat dua bahagian, asli dan tsanawi. makna asli ialah yang selari pemahamannya pada makna-makna lafaz yang digunakan.

Makna tsanawi pula adalah ciri-ciri atau sistem yang meningkatkan keadaan suatu kalam, adanya makna ini menjadikan Al-Quran itu suatu mukjizat. Maka proses ini merupakan suatu proses yang bukan mudah seperti dinyatakan dalam muqaddimah sebentar tadi.

As-Syatibi  menyatakan dalam persepakatan makna asli dan tsanawi, "Penterjemahan Al-Quran dalam wajah pertama; makna asli, dibolehkan kerana penafsiaran Al-Quran yang sahih dan bayan (penjelasan) makna-makna secara umum."
Namun, tidak dinafikan boleh berlakunya kekurangan dalam penterjemahan dalam makna yang asli kerana satu perkataan bahasa Arab boleh membawa lebih daripada satu erti maka penterjemah boleh jadi meninggalkan makna-makna yang lain dan mengambil satu makna yang paling sesuai. Malah boleh jadi juga sesuatu lafaz dalam Al-Quran itu membawa makna majazi, tetapi penterjemah menggunakan perktaan seerti yang membawa makna hakiki. 
Oleh sebab itu, As-Syatibi mengeluarkan penyataan di atas dalam usaha penterjemahan Al-Quran pada makna asli dan sebahagian ulama mengkhususkan perkara sebegini dalam hal darurat kerana mencapai satu keperluan dalam meluaskan dan mengembangkan kegiatan dakwah.

Dan tidak dinafikan pada masa kini manusia mandapat manfaat daripada usaha penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa asing-asing. لكل مقام مقال. Namun dalam memahami Al-Quran perlu kepada irsyad para alim ulama yang muktabar. Atas sebab itu, adanya cabang dalam ulum Al-Quran iaitu tafsir Al-Quran.



Wednesday, 10 December 2014

Makna Tarjamah al-Quran



Terjemah dalam bahasa Arab adalah al-tarjamah berasal dari kata akar rajjama dalam Maqayis al-lughah membawa erti membela, menahan serbuan dan perkataan. Dari kata akar ini, terbentuklah pula kata al-tarjamah yang merupakan masdar fiil rubai yang memiliki makna penjelasan atau menafsirkan makna dengan bahasa lain. Dengan demikian. Terjemah secara bahasa boleh diertikan dengan tafsir atau penjelasan.

Menurut Manna’ al-Qaththan dalam menjelaskan bahwa terjemah tersebut secara harfiah adalah mengalihkan lafaz-lafaz dari satu bahasa ke dalam lafaz-lafaz yang serupa dari bahasa lain sedemikian rupa sehingga susunan, dan tertib bahasa kedua sesuai dengan susunan dan tertib bahasa pertama.
Kemudian secara bahasa dalam bahasa Melayu, terjemah adalah memindahkan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Pengertian ini sejalan dengan apa yang dikemukakan Manna’ al-Qaththan sebelumnya yang mengandung makna “mengalih bahasakan suatu bahasa ke bahasa lain yang hasilnya disebut terjemahan atau salinan ke bahasa lain.”
Sedangkan terjemah secara istilah menurut Manna’ al-Qaththan adalah terjemah tafsiriyah atau terjemah dalam segi makna istilah adalah menjelaskaan makna pembicaraan dengan bahasa lain tanpa terikat dengan tertib kata-kata bahasa asal atau memperhatikan susunan  kalimatnya.
Dalam Mu’jam al-Washith disebutkan bahawa terjemah adalah pengalihbahasaan perkataan dari satu bahasa ke bahasa lain atau menjelaskan apa yang diinginkan oleh kalimat dalam bahasa asalnya, bahkan secara terperinci dengan teks aslinya, untuk dialihbahasakan ke dalam penterjemahan.
Dari definisi tersebut dapat difahami bahwa karakteristik setiap bahasa memiliki perbezaan, baik dari segi tertib dan susunannya dan oleh sebab itu, dalam upaya penterjemahan boleh untuk tidak terikat dengan bahasa asal. Dengan demikian, dalam menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Melayu diperlukan penguasaan tata bahasa, baik tata bahasa Arab mahupun tata bahasa Melayu itu sendiri. Penguasaan tata bahasa Arab misalnya jumlah fi’liyah (kalimat verbal) yang  dimulai dengan fi’il kata kerja yang berfungsi sebagai predikat kemudian fa’il (subjek), baik dalam kalimat tanya (istifham) maupun lainnya; mudhaf didahulukan atas mudhaf ilaih; dan mausuf atas sifatnya.


SEJARAH TERJEMAH AL-QUR’AN

Dalam lintasan sejarah Islam dikatakan bahwa lima tahun setelah Nabi saw menjadi rasul Allah, ia diperintahkan hijrah ke Ethiopia (Habsyah). Ethiopia adalah sebuah empirium yang asing bagi kaum muslim, dan bahasa mereka berbeza dengan bahasa orang Mekah. Berkenaan dengan itu, Raja Najasyi sebagai penguasa Ethiopia meminta kepada Nabi saw agar mengutus juru bahasa untuk mengajarkan risalahnya dengan bahasa mereka. Maka diadakanlah suatu pertemuan, dan Ja’far bin Ali Thalib dalam pertemuan itu, pertemuan dengan raja dan para pembesarnya, dibacakan beberapa ayat al-Quran dalam surah Maryam setelah itu, Najasyi mengajukan beberapa pertanyaan. Setelah beliau memperoleh beberapa jawapan, beliau kemudian menghadapkan pandangannya kepada orang-orang yang hadir dan berkata,
 “Demi Allah, sesungguhnya ucapan Muhammad sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran dan aqidah orang-orang Masihi."
Sejarah diatas menjelaskan bahwa terjemahan al-Quran pertama kali dilakukan adalah sejak zaman Nabi saw, ketika Ja’far bin Abi Thalib diutus ke Ethiopia, dan orang yang pertama kali menerjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Ethiopia tersebut. Bahasa Ethiopia dikenal dengan menggunakan bahasa Shindh yang sekarang dikenal di Pakistan. Bahasa itulah yang kemudian digunakan masyarakat Ethiopia ketika itu yang pada gilirannya juga mereka belajar bahasa Arab, dan kaedah-kaedah bahasa Arab, yakni ilmu nahwu, mantiq, bayan dan balaghah. Dari sinilah kemudian penterjemahan al-Quran itu tumbuh dan berkembang, sampai-sampai ada yang disebut terjemahan tafsir al-Quran bahasa Sindh.
Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi belum ditemukan sebuah tafsir/terjemahan al-Quran , selain karya Muhammad al-Bukhari (w. 448). Dia mentafsirkan al-Quran untuk semua dengan bahasa sederhana, mudah dan jelas dalam bahasa Persia di kota Lahore. Setelah pemerintahan Islam menjadi kuat dan sekolah-sekolah banyak didirikan diberbagai wilayah, maka terbitlah berbagai kitab terjemahan al-Quran.
Pada masa pemerintahan Akbar Syah, kajian dan telaah al-Quran pun tumbuh subur dan berkembang pesat di Agra dan Lahore. Kemudian Dinasti Buwaih pernah berkuasa antara tahun 945 sampai 1055 M. Di bagian Barat Laut Iran, mengalami kemajuan pada bidang-bidang ilmu pengetahuan dan pada masa inilah munculnya tokoh-tokoh falsafah muslim di antaranya al-Farabi (w.950 M)., Ibnu Sina (980-1037 M) dan Ibnu Maskawaih (w. 1030 M), yang semuanya di samping menterjemahkan falsafah dari bahasa Yunani, juga menterjemahkan bahasa al-Quran ke dalam bahasa mereka.






Al I'jaz At Tasyriie

التشريع الإسلامي موجود في القرآن الكريم. ونعتقد من قبل أن القرآن أيضا له الإعجاز اللغوي و العلمي. وكذلك من ناحية التشريعي

الإعجاز التشريعي هو إثبات عجزالبشر جميعا عن الإتيان بمثل ما جاء به القرآن من تشريعات وأحكام تتعلق بالفرد والأسرة والمجتمع في كافة المجلات

المثال في التحريم الربا
الدليل في قوله تعالى
وَأَحَلَّ اللهُ البَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا (البقرة: 275
من هذه الأية وجدنا الحكم بأن الله يحرم الربا ولكن يحل البيع. والقرآن ليست يشتمل في باب العقيدة فحسب بليهتم أيضا في أمور البشر